KECOH apabila notis pemberitahuan yang menyatakan larangan menggunakan pantun pada majlis rasmi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) viral baru-baru ini.

Rata-rata pengguna laman sosial mengkritik keputusan tersebut memandangkan pantun adalah salah satu seni budaya yang diamalkan oleh masyarakat di Malaysia sejak sekian lama.

Tokoh politik, Dr. Rais Yatim turut dilihat menyelar keputusan yang dibuat oleh ATM itu.

Namun, pihak ATM bagaimanapun cuba menjernihkan keadaan dan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai maksud sebenar notis pertama yang dikeluarkan sebelum ini.

Menurut kenyataan tersebut, hanya pantun berbentuk jenaka dan seloka sahaja yang tidak dibenarkan bagi menjaga adab dan formaliti majlis.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini