Konflik di Asia Barat memusnahkan sebahagian monumen dan bangunan bersejarah

1
86
CNN

KONFLIK yang berlaku di Asia Barat bukan sahaja membunuh jiwa yang tidak berdosa, malah, turut memusnahkan sebahagian besar kawasan bersejarah di negara terlibat.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebahagian bandar lama seperti Mosul, Iraq dan Aleppo, Syria, kini hanyalah tinggalan puing-puing bagaikan padang jarak padang tekukur.

Banyak menara dan monumen musnah menyembah bumi.

“Pemandangan kawasan terlibat bagaikan Perang Dunia Kedua suatu ketika dahulu,”¬†demikian kenyataan daripada Michael Danti, jurucakap American School of Oriental (ASOR) yang dipetik menerusi The Economist.

Pengganas yang mendakwa pejuang Islam iaitu ISIS, semakin rancak merobohkan masjid-masjid lama, kuil dan juga gereja ortodoks.

Namun, bukan setakat ISIS sahaja, tentera Amerika Syarikat (AS) dan Rusia turut menjadi penyumbang terhadap kemusnahan kawasan tinggalan sejarah.

Menurut data yang dikumpulkan ASOR, ISIS telah memusnahkan sebanyak 15 kawasan sejarah di Mosul, tetapi AS telah memusnahkan hampir 47 monumen serta bangunan bersejarah.

Tentera Rusia pula dilaporkan memusnahkan tiang-tiang agung yang merupakan tapak Santo Simeon berkhutbah selama 40 tahun.

SPUTNIK INTERNATIONAL
NY TIMES
SPUTNIK INTERNATIONAL
GEOPOLITICS ALERTS
SPUTNIK INTERNATIONAL

1 KOMENTAR

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini