KETUA Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, bersara dan menamatkan perkhidmatan awam sebagai Ketua Polis Negara hari ini.

Majlis serah tugas jawatan tertinggi dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diadakan pagi tadi di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Beliau juga bakal diraikan dalam Majlis Paluan Berundur di Padang Kawad PULAPOL petang ini.

Khalid memulakan karier dengan PDRM pada tahun 1976 dan pernah menyandang pelbagai jawatan, misalnya Ketua Polis Negeri Sembilan, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Ketua Polis Selangor pada tahun 2007.

Dari segi pendidikan, Khalid merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa dalam pengkhususan undang-undang dan menjalani latihan inspektor di PULAPOL pada 5 Disember 1976.

Pada 17 Mei 2014, beliau menerima anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis kurniaan Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang membawa gelaran Datuk Seri.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini