Kendong kawan lumpuh ke sekolah selama tiga tahun

0
8

ZHANG CHI, 19, seorang remaja lelaki yang berasal dari Jiangsu, China sukar untuk berjalan seperti individu normal yang lain akibat mengalami masalah distrofi otot. Sejak tiga tahun lalu, rakan sekelasnya, Xie Xu, 18, mengambil inisiatif membantu memudahkan pergerakkan Zhang dengan mengendong rakannya itu pergi dan pulang dari sekolah.

Rakan 02

Kisah dua pelajar ini sungguh memberi inspirasi dan menyentuh perasaan. Mereka tidak mempunyai pertalian persaudaraan. Namun, Xie telah melakukan perkara ini selama tiga tahun,” penolong pengetua Sekolah Guo Chunxi memberitahu Shanghailist.

Dia merupakan seorang pelajar yang baik. Dia juga menunjukkan contoh positif kepada yang lain. Dengan bantuan rakan-rakan, Zhang tidak pernah tertinggal mahupun tiba lewat ke kelas,” ujarnya lagi.

Rakan 03

Xie mengendong Zhang ke sekolah dari asrama mereka, membantunya membasuh pakaian dan mengambil bekal makanannya tiga kali setiap hari.

Rakan 04

Mereka berdua merupakan pelajar tahun ketiga di sekolah tinggi. Dan, walaupun melalui banyak cabaran, mereka telah menjadi pelajar cemerlang dalam kelas sejak tiga tahun yang lalu.

Rakan 05

Dedikasi Xie adalah penting terutamanya di negara di mana lebih daripada 243,000 kanak-kanak kurang upaya tidak dapat hadir ke sekolah kerana kemudahan tidak mencukupi.

Kredit gambar: Weibo

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini