Kawasan perkuburan angkasa

0
13

SATELIT yang mengorbit planet Bumi mempunyai tiga jenis. Ia terdiri daripada satelit cuaca, komunikasi dan eksplorasi.

Satelit cuaca digunakan untuk meramal dan mengkaji keadaan cuasa seluruh Bumi.

Satelit komunikasi pula digunakan untuk teknologi perhubungan, telefon, internet dan sebagainya.

Satelit ketiga iaitu ekplorasi berfungsi untuk mencerap data-data dari planet lain dan angkasa untuk kegunaan saintis ilmu falak.

FOTO / HUFFINGTONPOST

Kini terdapat sekitar 1,000 satelit aktif mengorbit Bumi. Apa yang terjadi terhadap satelit yang telah rosak atau sudah tamat tempoh perkhidmatannya?

Terdapat dua cara bagaimana satelit tersebut dilupuskan.

Pertamanya, bagi satelit berhampiran Bumi dan bersaiz kecil, ia akan ditarik ke atmosfera dan apabila terbakar, ia akan terurai sedikit demi sedikit sehingga tiada saki-baki serpihan.

Point Nemo yang terletak di lautan Pasifik telah dipilih sebagai kawasan pelupusan satelit dan stesen angkasa bersaiz besar.

Ini kerana ketika satelit jatuh ke Bumi, ia tidak akan terbakar sepenuhnya dan akan disemadikan di Point Nemo.

FOTO / VOLVO OCEAN RACE

Antara faktor-faktor Point Nemo dipilih sebagai lokasi pengebumian satelit adalah kerana lokasinya yang bebas nutrien atau plankton yang merupakan makanan hidupan laut.

Justeru, ia tidak mengandungi hidupan laut, apatah lagi penempatan manusia.

Sepanjang tahun 1971 sehingga 2016, sebanyak 236 satelit bersaiz besar telah ditarik dan serpihan yang tidak terbakar sepenuhnya berjaya disemadikan di Point Nemo.

FOTO / PINTEREST

Pada 23 Mac 2001, stesen angkasa milik Rusia yang bernama Mir dan seberat 135 tan telah diprogram dan dijatuhkan di Point Nemo selepas berkhidmat hampir 15 tahun.

Untuk satelit yang mengorbit dan jauh dari Bumi, ia akan ditarik dan disemadikan sejauh 200 batu dari Bumi.

Satelit-satelit yang telah rosak dan jauh dari Bumi akan di bawa ke situ setelah semua peralatan dan baterinya dicabut.

Sebab ia tidak ditarik dan disemadikan di Bumi adalah kerana jarak yang jauh dan menelan kos yang tinggi.

SUMBER : NASA Space Place

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini