Katerer Pak Engku & Kartunis Lengkuas meninggal dunia

0
428

MALAYSIA dikejutkan dengan pemergian katerer popular, Datuk Raja Rosly Raja Mazlan, 58, atau lebih dikenali sebagai Pak Engku.

Difahamkan, Pak Engku telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor dua hari yang lalu setelah keadaannya bertambah kritikal dan lemah.

Beliau meninggal dunia di DEMC pada pukul 9.10 malam semalam disebabkan penyakit kencing manis dan kegagalan buah pinggang

Pak Engku yang mengusahakan Kuzie Catering Sdn. Bhd. telah menyerahkan urusan perniagaan kepada anak sulungnya sebulan yang lalu setelah mendapati dirinya tidak sihat.

Umum mengetahui bahawa Kuzie Catering sentiasa menjadi pilihan untuk keraian istana dan terkenal dalam kalangan orang kenamaan seperti Datuk Siti Nurhaliza, malah Sultan Brunei juga pernah menggunakan khidmat Kuzie Catering.

FOTO/KUZIE CATERING

Jenazah Pak Engku selamat disemadikan di Makam Diraja Selangor, Shah Alam. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan menghadiri upacara pengebumian diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Sementara itu, negara turut kehilangan kartunis berbakat besar, Lengkuas yang pernah popular dengan karya Mat Despacth majalah Ujang.

Lengkuas atau nama sebenarnya, Zainuddin Salleh, 53, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, Selangor kerana penyakit darah tinggi dan komplikasi buah pinggang setelah dimasukkan dalam wad dua hari lalu.

FOTO/MALAYSIAKINI

“Arwah antara kartunis kegemaran bagi peminat komik sekitar tahun 1990-an dan seiring dengan kartunis terkenal seperti Gayour, Sukun, Bendi dan Nik.

“Sepatutnya arwah ke Kedah untuk menyempurnakan satu karnival keusahawanan di sana namun dia ditahan di hospital,”¬†demikian kenyataan Pengurus Operasi Majalah Bekazon, Azrul Izar Abd Wahab yang dipetik menerusi Harian Metro.

Semoga roh Pak Engku dan Lengkuas dimuliakan oleh Allah. Al-Fatihah.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini