Semasa

Kata laluan yang paling kerap digodam sepanjang tahun 2014

By  | 

PERKARA paling akhir yang ingin kita tahu adalah akaun Facebook, Instagram, Twitter atau GMail telah diceroboh oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Tetapi, siapa yang harus dipersalahkan apabila kata laluan yang digunakan pada setiap akaun merupakan kata laluan yang lemah dan mudah untuk digodam? ANDA.

Menurut data tahunan yang dikumpulkan oleh SplashData, jika anda memiliki kata laluan seperti: ‘123456,’ ‘qwerty,’ ‘football,’ ‘dragon’ dan ‘password’ (seriuslah?!), tahniah – anda sedang menggunakan satu daripada puluhan kata laluan paling teruk serta mudah digodam.

Kata laluan yang dicipta berdasarkan corak pada papan kekunci masih lagi diguna pakai sehingga kini walaupun ia merupakan kata laluan yang sangat lemah,” kata ketua pegawai eksekutif SplashData, Morgan Slain.

Sebarang kata laluan yang menggunakan nombor sepenuhnya perlu dielakkan, terutamanya yang berurutan.

Bagaikan sudah menjadi trend, semakin banyak laman web dan portal meminta pengguna untuk membina kata laluan yang kompleks dengan menggunakan gabungan huruf dan nombor, semakin ramai pengguna internet mencipta kata laluan menerusi corak papan kekunci yang panjang. Namun, ia masih kombinasi yang tidak selamat,” katanya lagi

Menurut SplashData, sebahagian besar daripada lebih 3 juta akaun yang digodam, pemilik akaun di Amerika dan Eropah menggunakan kata laluan yang mudah diteka.

Seperti biasa, kami berharap dengan lebih banyak publisiti mengenai risiko penggunaan kata laluan yang lemah terhadap pengguna internet, lebih ramai yang akan mula mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri mereka dengan menggunakan kata laluan yang kuat dan berbeza pada laman web yang berlainan,” katanya.

Jika kata laluan anda adalah antara 25 yang berikut, anda mungkin perlu menukarnya dengan segera:

1. 123456
2. password
3. 12345
4. 12345678
5. qwerty
6. 1234567890
7. 1234
8. baseball
9. dragon
10. football
11. 1234567
12. monkey
13. letmein
14. abc123
15. 111111
16. mustang
17. access
18. shadow
19. master
20. michael
21. superman
22. 696969
23. 123123
24. batman
25. trustno1

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *