Kasut tumit tinggi mempercepatkan proses penuaan

0
8

HANYA Victoria Beckham sahaja yang mampu untuk bekerja sambil bersenam dengan menggayakan kasut tumit tinggi. Sebab, rata-rata pengguna kasut jenis itu pasti rasa kurang selesa apabila menggayakannya dalam tempoh masa yang lama.

Menerusi sebuah kajian yang dilakukan oleh Universiti Standford baru-baru ini, mengenakan kasut tumit tinggi mampu membuatkan anda berasa 20 tahun lebih tua daripada usia sebenar.

Para penyelidik menggunakan dua jenis kasut iaitu sneaker, kasut tumit tinggi berukuran 1.5 inci dan juga 3.25 inci. Dalam kajian tersebut, peserta turut diminta untuk berjalan sambil mengenakan baju khas seberat 20 peratus daripada berat badan mereka. Penyelidik memerhatikan bagaimana lutut peserta bergerak ketika mereka berjalan dan berdiri tegak.

Hasil kajian yang diterbitkan menerusi Journal of Orthipaedic Research itu agak menakutkan. Apabila anda berjalan dengan mengenakan kasut tumit tinggi, lutut anda akan membengkok setiap kali kaki anda menyentuh permukaan jalan.

Proses tersebut memberikan tekanan kepada lutut dan ia menjadikan cara jalan anda sama seperti wanita berusia yang mengalami masalah artritis. Lebih memburukkan keadaan apabila anda merupakan seorang wanita obes.

Tekanan pada lutut anda mungkin mengakibatkan beberapa risiko pada masa akan datang. “Penggunaan kasut tumit tinggi yang ditambah dengan berat yang melampau, boleh mengakibatkan risiko osteoartritis pada wanita,” kata penyelidik tersebut.

Anda mungkin boleh terus menggayakan kasut tumit tinggi. Tetapi, berilah masa untuk lutut dan kaki anda untuk berehat.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini