Joon penerbangan Eropah baharu sasar generasi millenial

0
8

SYARIKAT penerbangan KLM-Perancis akan melancarkan sebuah anak syarikat penerbangan yang akan memfokuskan terhadap golongan millenial – generasi Y yang celik teknologi digital.

FOTO / USA TODAY

Memetik sumber USA Today, Air France menjelaskan, penerbangan bernama Joon itu membawa maksud golongan muda dalam bahasa Perancis. Ia dijangka dilancarkan pada musim luruh tahun ini dengan penerbangan jarak sederhana dari Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle.

Tercetusnya Joon adalah susulan faktor persaingan dengan syarikat penerbangan Asia Barat seperti Qatar Airways, Etihad, Emirates dan Turkish Airlines yang semakin mendominasi penerbangan antarabangsa.

Langkah itu juga bertujuan untuk memampankan lagi industri penerbangan dan pelancongan serta memberi pilihan kepada penduduk Eropah khususnya.

Memetik kenyataan daripada Bloomberg News, jurucakap Joon berkata: “Syarikat penerbangan Joon bukanlah syarikat penerbangan tambang murah, kerana setiap layanan dan produk yang akan diterima penumpang masih mencerminkan Air France.”

Selain itu, laluan perjalanan dan uniform kru kabin pula akan diumumkan pada September depan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini