PIHAK kerajaan dijangka perlu membayar pampasan sekitar RM500 juta berhubung pembatalan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan telah membuat keputusan akhir untuk membatalkan projek tersebut kerana ia tidak memberi manfaat serta melibatkan kos yang tinggi.

“Ini adalah keputusan akhir (pembatalan HSR) tetapi ia akan mengambil masa kerana kita mempunyai perjanjian dengan kerajaan Singapura.

Saya difahamkan jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh kerajaan kerana membatalkan projek ini mencecah hampir RM500 juta,” katanya kepada Utusan dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM baru-baru ini.

Projek HSR yang bernilai RM100 bilion itu antara projek mega inisiatif pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini