Semasa

Jambang berisiko jadi sarang bakteria

By  | 

ANDA fikir lelaki berjambang mampu menzahirkan ciri-ciri kejantanan? Fikir sekali lagi. Pakar kulit kepala dan rambut dari Britain, Carol Walker memberitahu portal Daily Mail, jambang atau janggut mampu menyebabkan masalah jangkitan kulit serta penyebaran kuman kepada orang di sekeliling.

Sebabnya? Individu berjambang pasti gemar menyentuh helaian yang tumbuh di sekitar wajah mereka. Jadi, bakteria atau kuman yang melekat pada tapak tangan dengan mudahnya dipindahkan ke bahagian muka.

Menurut kenyataan yang diberikan oleh dua saintis kepada portal tersebut, terdapat bukti saintifik yang menyokong kenyataan Carol itu.

Lelaki yang berjambang mampu ‘menternak’ bakteria berbanding lelaki tanpa jambang,” ujar Dr. Anthony Hilton sambil memberitahu, setiap individu normal mempunya lebih kurang 20,000 jenis bakteria pada wajah mereka.

Begitupun, seorang profesor pula berpendapat: “Ia merupakan bakteria yang sama terdapat pada kulit. Ia tidak berbahaya,” katanya.

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *