Isu saman BritishIndia: Menteri akan jumpa pengurusan Suria KLCC

0
8

SELEPAS Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyindir pihak Petronas berhubung isu saman yang melibatkan butik fesyen BritishIndia dan pihak pengurusan Suria KLCC, kini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memanggil pihak pengurusan pusat beli-belah tersebut bagi mendapatkan penjelasan mengenai punca beberapa pemilik premis mendakwa mereka diminta keluar atau berpindah dari premis sedia ada di gedung itu.

Memetik artikel yang disiarkan di Kosmo! Online, menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, tindakan pihak pengurusan Suria KLCC itu, jika benar-benar berlaku, jelas bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk mempromosi barangan tempatan di lokasi strategik yang menjadi tumpuan pelancong.

Saya dukacita dengan apa yang berlaku kerana tahun lepas saya telah mengadakan lawatan ke pusat beli-belah itu termasuk ke premis-premis milik pengusaha tempatan.

Saya akan berjumpa dengan pengurusan Suria KLCC minggu depan untuk meminta penjelasan kenapa mereka berbuat demikian,” katanya.

Terdahulu, BritishIndia (Asia) Sdn. Bhd. (BritishIndia), memfailkan saman terhadap pengurusan Suria KLCC yang cuba mengeluarkan butik itu dari premisnya.

Pengasas BritishIndia, Pat Liew berkata, syarikat yang menyewa di Suria KLCC sejak 1998 diberi empat hari untuk menerima tawaran tanpa syarat sama ada untuk berpindah ke lokasi lain atau diletakkan ke tempat lain.

Katanya, surat tawaran diterima pada Julai 2014 meskipun BritishIndia kekal kompetitif membayar sewa, malah pihak pengurusan masih menerima sewa pada bulan yang sama.

Jelasnya, tindakan pihak pengurusan Suria KLCC itu menjadi tanda tanya yang menyebabkan BritishIndia melakukan rundingan dan berjuang untuk mengekalkan tempat mereka di Suria KLCC.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini