Isu saman BritishIndia: Khairy Jamaluddin sindir Petronas

0
12

MENTERI BELIA DAN SUKAN, Khairy Jamaluddin menyindir pihak Petronas berhubung isu saman yang melibatkan butik fesyen BritishIndia dan pihak pengurusan Suria KLCC.

Menerusi akaun Facebooknya, Khairy berkata, Suria KLCC yang dimiliki oleh Petronas seharusnya mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi dan tidak bertindak menganak-tirikan produk-produk yang dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Suria KLCC dimiliki Petronas. Saya percaya pengurusan tertinggi Petronas mempunyai semangat nasional yang tinggi. Tetapi mungkin semangat tersebut tidak dikongsi oleh pengurusan Suria KLCC.

Mungkin pengurusan Suria KLCC perlu diingat bahawa pusat membeli belah tersebut bukan hanya dibina untuk membawa jenama antarabangsa tetapi juga untuk menyediakan ruang kepada jenama Malaysia untuk bertapak dan bersaing dengan kedai dan butik dari luar negara. Apa salahnya mengimbangi butik dan kedai antarabangsa dengan jenama tempatan?” ungkap Khairy.

Menutup kenyataannya di Facebook, Khairy menyindir Petronas dengan menterjemahkan peribahasa Melayu kepada bahasa Inggeris.

Mungkin pengurusan tertinggi Suria KLCC tak faham bahasa kebangsaan. Jadi saya terjemahkan pepatah ini supaya beliau faham:

The monkeys in the jungle are given milk; but our children at home die of starvation.”

Baru-baru ini, BritishIndia (Asia) Sdn. Bhd. (BritishIndia), memfailkan saman terhadap pengurusan Suria KLCC yang cuba mengeluarkan butik itu dari premisnya.

Memetik artikel yang diterbitkan menerusi Utusan Online, pengasas BritishIndia, Pat Liew berkata, syarikat yang menyewa di Suria KLCC sejak 1998 diberi empat hari untuk menerima tawaran tanpa syarat sama ada untuk berpindah ke lokasi lain atau diletakkan ke tempat lain.

Katanya, surat tawaran diterima pada Julai 2014 meskipun BritishIndia kekal kompetitif membayar sewa, malah pihak pengurusan masih menerima sewa pada bulan yang sama.

Jelasnya, tindakan pihak pengurusan Suria KLCC itu menjadi tanda tanya yang menyebabkan BritishIndia melakukan rundingan dan berjuang untuk mengekalkan tempat mereka di Suria KLCC.

Kami mendapat tahu bahawa lokasi premis BritishIndia sekarang ini dicadangkan untuk disewa kepada satu jenama fesyen asing yang sudah mempunyai lokasi sedia ada di Suria KLCC.

Kami dibiarkan tanpa mempunyai pilihan, kami nekad mengambil tindakan undang-undang untuk melindungi hak-hak kami dan dilayan secara adil,” katanya.

Sumber: Facebook Khairy Jamaluddin/ Utusan Online

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini