JOHOR ROYAL PRESS OFFICE

PASANGAN pengantin Diraja, YAM Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad Abdullah telah selamat melangsungkan istiadat bersanding di Istana Besar Johor malam kelmarin.

Kedua mempelai menyarung baju tradisional Johor berona putih. Majlis turut diserikan dengan kehadiran undangan istimewa iaitu, DYMM Sultan Brunei bersama Permaisuri dan YTM Pengiran Muda Abdul Wakeel dan YTM Pengiran Anak Ameerah Wardatul Bolkiah.

JOHOR ROYAL PRESS OFFICE

Difahamkan, penyanyi antarabangsa iaitu Nicole Scherzinger diterbangkan istimewa bagi membuat persembahan di Istana Besar Johor. Antara tetamu yang hadir ialah Tom Abang Saufi, Maggie Abang Saufi dan kerabat-kerabat diraja Johor, Perak dan Pahang.

JOHOR ROYAL PRESS OFFICE

Pada pukul 4 petang semalam, telah berlangsungnya istiadat bersiram di Bukit Bintang, Istana Besar Johor dengan penuh tradisi Diraja Johor.

Pasangan tersebut mengenakan baju kurung dan baju Melayu Teluk Belanga berwarna biru cair dan dilihat megah tatkala duduk di atas panca persada.

JOHOR ROYAL PRESS OFFICE

Istiadat bersiram dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti Johor, Datuk Haji M. Tahrir Datuk Kiyai Haji Samsudin.

Turut bersama ke majlis berkenaan adalah DYMM Sultan Ibrahim, DYMM Raja Zarith Sofiah, YM Che’ Puan Khaleeda, YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah dan DYAM Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Shah II.

JOHOR ROYAL PRESS OFFICE

Istiada bersiram tamat pada jam 4.45 petang. Semoga kedua mempelai berbahagia dan selamat menempuh alam perkahwinan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini