Semasa

Internet TV iflix kini di Malaysia

By  | 

PERKHIDMATAN internet TV Asia Tenggara, iflix kini dilancarkan di Malaysia. Iflix yang menawarkan akses terhadap hiburan ribuan jam tanpa had pada harga bulanan yang rendah, memberikan pelanggannya percubaan 14 hari ke atas akses penuh kandungan dan perkhidmatannya tanpa memerlukan penyerahan sebarang keterangan kad kredit atau pembayaran.

1-iflixFoto/iflix

Langganan tersebut akan membolehkan pengguna menerima akses penuh tanpa had terhadap arkib iflix meliputi lebih 10,000 jam kandungan dari Barat, Asia dan tempatan berkualiti tinggi. Ia juga boleh diakses menerusi lima saluran peranti sama ada telefon bimbit, tablet, komputer riba (laptop), komputer, TV connected atau peranti connected lain.

Langganan iflix itu juga boleh dikongsi dan sekali gus membenarkan pelanggan menonton kandungan berbeza menerusi dua peranti berbeza pada masa yang sama untuk setiap langganan.

Langganan bulanan untuk akses tanpa had iflix adalah pada harga RM10. Bagaimanapun, pelanggan yang memilih langganan setahun pula akan menerima diskaun 20 peratus ke atas bil bulanan. Justeru pelanggan hanya perlu membayar RM96 untuk perkhidmatan 12 bulan tanpa had yang mengujakan.

Iflix menawarkan para pelanggannya siri, program TV dan filem tempatan, Asia (termasuk drama Korea popular) dan Barat. Program kanak-kanak juga tersenarai dalam arkibnya.

Antara kandungan yang dapat ditonton pelanggan iflix termasuklah Big Bang Theory, Modern Family, Glee, Sherlock, Transformers, The Dark Knight dan Star Trek. Tidak ketinggalan drama Melayu popular, Ariana Rose; drama Korea, Bel Ami dan banyak lagi.

Info
Laman web: www.iflix.com
Facebook: iflix
Instagram: @iflixletsplay

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *