Inisiatif KFC atasi masalah kebuluran dan kedaifan

0
8

BERSEMPENA bulan Ramadan ini, KFC Malaysia telah melancarkan kempen Add Hope yang ke-11.  Tujuan utama kempen ini adalah untuk mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan makanan ke kawasan-kawasan yang dilanda masalah kebuluran di peringkat tempatan mahupun global.

Sebahagian daripada dana itu akan disalurkan kepada Program Makanan Dunia (WFP) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan sebahagian yang lain akan disalurkan kepada keluarga yang memerlukan dan pertubuhan rumah-rumah kebajikan di seluruh Malaysia.

Dana itu juga akan disalurkan secara terus kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan badan-badan kerajaan yang berkaitan.

Add Hope merupakan aktiviti sepanjang tahun dan usaha murni ini tidak terhad terhadap kutipan dana sahaja. Sokongan dan maklum balas positif orang ramai setiap tahun pula sentiasa menjadi motivasi untuk kami bekerja lebih gigih dalam membantu golongan kurang bernasib baik,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif – Restaurant Division, QSR Brands (M) Holdings Berhad, Merrill Pereyra dalam ucapannya.

KFC turut melancarkan laman web khas yang membolehkan orang ramai untuk menderma secara dalam talian di kfc.com.my. Selain itu, orang ramai juga boleh menderma di kaunter-kaunter KFC secara langsung.

FOTO / KFC FACEBOOK MALAYSIA

Tahun ini merupakan tahun ketiga bagi artis tempatan, Scha Alyahya bertindak sebagai jurucakap Add Hope.

Usaha murni ini sangat dekat dengan saya terutama sepanjang penglibatan saya dalam kempen ini. Add Hope merupakan medium untuk saya mendekati golongan yang kurang berkemampuan” ujar Scha Alyahya.

Seramai 10 wakil dari 10 rumah dan pertubuhan kebajikan berbeza menerima sumbangan sebanyak RM 10,000. Rata-rata mereka dari seluruh negara dan tidak tertumpu kepada satu-satu negeri sahaja.

Saya baru menerima jemputan ke majlis penyampaian sumbangan ini kira-kira seminggu lalu. Walaupun jauh, saya datang juga dengan isteri, kerana saya memang menerima apa-apa jua bentuk sumbangan demi untuk kelangsungan di asrama Pertubuhan Permata Mahabbah,” jelas Fakhruddin, pengasas rumah kebajikan tersebut.

Ditanya tentang kelainan rumah ini dengan rumah-rumah kebajikan lain, tambah Fakhruddin: “Rumah ini tidak khusus kepada anak-anak yatim sahaja, tetapi saya menerima penghuni pelbagai latar belakang. Contohnya, golongan asnaf, remaja tanpa bimbingan, lelaki mahupun perempuan berumur 1 hingga 17 tahun.

Anak-anak di bawah seliaan Fakhruddin dan isterinya, Ainatul Mardhiah, diasuh dengan kemahiran dan agama. Antara kemahiran yang diajar kepada anak-anak itu adalah kemahiran memasak, membina rumah, automotif dan menternak ayam kampung.

Dengan inisiatif tersebut, diharapkan apabila dewasa, mereka mampu untuk menyara diri dan menjadi insan yang berguna. Mereka juga memerlukan sumbangan tambahan bagi membeli sebuah van untuk kegunaan untuk ke sekolah selain membayar sewa tiga rumah yang dijadikan asrama sekitar RM3,000 sebulan.

Mari kita gembirakan hamba Allah, nescaya Allah akan gembirakan kita,” Fakhruddin berpesan. Anda boleh membuat sumbangan terus kepada Fakhruddin di Pertubuhan Permata Al-Mahabbah, Pulau Pinang atau boleh menghubungi talian 04-386 6450.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini