Imam Masjid Al-Aqsa cedera ditembak rejim Zionis

0
34

SEJURUS berlakunya tragedi pembunuhan tiga warga Palestin dan dua anggota polis Israel, warga Arab di Baitulmaqdis dikejutkan dengan tembakan oleh rejim Israel terhadap warga Palestin pada 19 Julai lalu.

FOTO / AL TAHRIR

Antara manga yang tercedera ialah Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ikrima Sabri yang terkena tembakan berupa peluru getah ketika menunaikan solat di luar pagar masjid berkenaan.

Sheikh Ikrima Sabri dikejarkan ke Hospital Al-Maqassid, barat Baitulmaqdis dan status terkini beliau masih belum diketahui.

Insiden tembakan itu berlaku beberapa jam selepas salah seorang warga Palestin, Rafat Al-Herbawi, 30, terbunuh ketika perhimpunan bantahan di Masjid Al-Aqsa kerana sekatan dan penutupan masjid tersebut.

FOTO / TRT WORLD

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, lebih 300 rakyat Palestin terbunuh sejak Oktober 2015. Pihak berkuasa Israel pula mendedahkan hampir 50 warga Israel terbunuh dalam tempoh yang sama.

Masjid Al-Aqsa merupakan masjid ketiga tersuci selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

 

SUMBER : DAILY SABAH, UTUSAN ONLINE

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini