SEJAK bergelar Presiden Amerikat Syarikat (AS), Donald Trump sering menerima kritikan. Namun, tahukah anda bahawa diet hariannya juga dikritik oleh pakar pemakanan?

Hal ini kerana, lelaki dengan berat 108 kilogram dengan ketinggian 182 sentimeter itu dilihat tidak mengamalkan cara hidup sihat, terutama dalam pemilihan makanan.

Berikut merupakan senarai hidangan makanan yang dinikmati Trump bermula dengan sarapan pagi sehinggalah makan malam. Adakah anda boleh mengamalkan gaya pemakanan sepertinya?

Sarapan pagi

FOTO/THE CULTURE TRIP

TRUMP tidak menggemari sarapan pagi kerana dia lebih menggemari menikmati makan malam. Jika dia teringin untuk menjamah makanan, dia akan menikmati sama ada telur dan bakon, bijiran sarapan atau McDonald’s McMuffin. Dia tidak minum teh atau kopi.

Makan tengah hari

FOTO/THE CULTURE TRIP

SAMA seperti sarapan, Trump tidak selalu menikmati makan tengah hari. Jika dia benar-benar lapar. dia akan menikmati sandwich meatloaf.

Makan malam

FOTO/THE CULTURE TRIP

INI merupakan masa yang paling ditunggu-tunggu oleh Trump. Dia begitu menggemari makanan segera dan menu kegemarannya adalah dua ketul Big Mac, dua ketul Filet-O-Fish dan susu kocak coklat bersaiz kecil – yang membawa jumlah kalori sebanyak 2,430 kcl.

Snek dan minuman

FOTO/THE CULTURE TRIP

BAGI pilihan minuman, Trump sangat menggemari Diet Coke dan dikatakan dia mampu minum sebanyak 12 tin Diet Coke sehari. Sementara itu, Trump memilih Lay’s dan Dorito sebagai snek kudapan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini