31 perkara yang hanya difahami pemelihara kucing

0
30

KUCING memang comel dan peneman menghiburkan. Telatah haiwan peliharaan kegemaran ramai itu membuatkan ia disayangi. Bagaimanapun kenakalannya juga sering memeningkan kepala para pemelihara.

Apabila anda membuat keputusan untuk berkongsi kediaman dengan kucing, tanggungjawab anda juga bertambah. Menguruskan kucing menuntut kesabaran dan komitmen yang tinggi. Biarpun kucing-kucing anda selalu menaikkan darah, tetapi kesayangan anda kepada mereka melebihi segalanya.

Kami kongsikan 31 rutin dan situasi yang hanya difahami dan dirasai pemelihara kucing.

1) Sofa di ruang tamu adalah kawasan jajahan mereka.

 

2) Sarung sofa anda tidak lagi kelihatan.

 

3) Sofa tidak lagi kelihatan seperti sofa.

 

4) Semuanya gara-gara ini

 

5) Jatuhkan barang di atas rak atau almari dengan sengaja

 

6) Lebih hebat bila yang dijatuhkan itu cawan atau barangan kaca!

 

7) Cakar pintu bilik tidur anda pukul 3 pagi minta air minumannya diganti

 

8) Tayang punggung di muka anda ketika anda baru berbaring di sofa

 

9) Ataupun jadi tukang urut ketika anda sedang menonton TV

 

10) Berebut dan bergaduh untuk dapatkan perhatian

 

11) Panggil anda berulang-ulang untuk usap kepala dan badannya

 

12) Tetapi buat tak tahu dan selamba bila anda pula yang mahu bermanja

 

13) Bila ia buat salah dan anda jerit namanya

 

14) Kemudian ia merajuk

 

15) Akhirnya anda mengalah dan datang memujuk

 

16) Korek pasir tanpa henti dan penuh dedikasi

 

17) Ada juga yang tak kambus pasir lepas membuang. Terus pecut 100 meter!

 

18) Belum lagi kalau anda pelihara kucing jenis penggeli. Berdiri hujung-hujung bekas pasir dan tak mahu jejak pasir. Kambus pun tak guna!

 

19) Menyapu pasir yang berselerakan adalah rutin harian

 

20) Dengar sahaja bunyi vakum, kucing-kucing anda lari lintang-pukang

 

21) Tetapi ringan tulang membantu anda menyapu dan mop lantai

 

22) Bila kelibatnya muncul di sebalik perabot ketika anda sedang makan dan buat muka kesian

 

23) Makanan dicuri bila anda ke dapur untuk ambil air atau cuci tangan

 

24) Tonton TV terlalu dekat

 

25) Papan kekunci komputer anda dipijak bagaikan pentas peragaan

 

26) Dan duduk tanpa rasa bersalah

 

27) Sehingga tertidur

 

28) Pokok di rumah anda musnah dimakan

 

29) Lalu dimuntahkan berserta gumpalan bulu

 

30) Bila anda terjumpa anak kucing yang dibuang dan tak sampai hati nak tinggalkan tetapi rumah anda sudah mempunyai tujuh ekor kucing

 

31) Akhirnya inilah kehidupan anda!

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini