15 tanda sahabat baik anda merupakan BFF anda!

0
19

SAHABAT boleh dicari tetapi sahabat baik sukar diganti. Biarpun anda berkawan dengan 1,000 orang, tidak akan sama dengan seorang sahabat setia yang benar-benar memahami anda. Kami tujukan senarai ini untuk anda yang menghargai nilai BFF (Best Friends Forever)!

1) Boleh ketawa bersama-sama sehingga keluar air mata.

2) Anda boleh bersama mereka dalam suasana sunyi sepi tetapi masih berasa nyaman dan melapangkan.

3) Biarpun kalian jarang bertemu, tetapi apabila berjumpa kalian bagaikan magnet dan tidak berhenti bercerita.

4) Mereka hanya akan berlaku jujur walaupun ia menyakitkan hati anda kerana mereka benar-benar ambil peduli tentang anda.

5) Mereka tidak akan memuji anda semata-mata mahu menjaga hati.

6) Mereka akan sentiasa menyokong anda dalam setiap keputusan yang anda tentukan.

7) Mereka tidak akan mengadili sekiranya anda melakukan kesilapan atau tersilap membuat percaturan dalam hidup.

8) Mereka tidak akan bergosip atau menceritakan keburukan anda kepada orang lain. Namun, kalian akan bersama-sama bergosip tentang orang yang kalian tidak gemari.

9) Mereka mengetahui segalanya tentang apa yang anda suka atau tidak, sama ada pakaian, warna, makanan ataupun cita rasa tentang pasangan hidup.

10) Mereka akan sentiasa mendengar masalah anda walaupun anda menghubungi mereka pada pukul 3 pagi.

11) Mereka tahu kelemahan anda tetapi tidak menjadikan ia sebagai alat untuk menjatuhkan anda.

12) Kalian boleh berkongsi segala masalah dan rahsia tanpa membimbangi ia akan tersebar kepada orang lain kerana tahap kepercayaan yang tinggi.

13) Apabila bertengkar, kalian akan berbaik dan memohon maaf dengan ikhlas tanpa sebarang dendam di hati.

14) Keluarga kalian mengenali antara satu sama lain. Begitu juga pasangan kalian yang begitu memahami dan menghormati persahabatan kalian.

15) Musuh anda adalah musuh mereka juga.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini