Identiti

10 perubahan normal orang bujang mencecah usia 27 tahun ke atas

By  | 

PERTAMBAHAN usia akan disusuli dengan pengubahsuaian hidup yang selari dengan gaya hidup, persekitaran, status dan kestabilan hidup seseorang. Jika anda masih bujang dan berusia lewat 20-an (27 tahun ke atas), perlahan-lahan anda akan mengalami perubahan dari segi cita rasa pakaian, makanan, keinginan berbelanja, berhibur dan persahabatan.

Ia adalah satu kitaran normal dan jangan berasa anda sahaja yang melalui proses penyesuaian tersebut. Kami senaraikan perubahan yang mungkin sedang anda alami. Ya artikel ini khusus untuk anda, si bujang yang berumur 27 tahun ke atas.

1) Selamat tinggal baju-T funky, helo baju-T berkolar

Kalau dulu anda kurang memahami mengapa lelaki dewasa gemar memakai baju-T berkolar kerana anda rasa ia membosankan. Namun, sekarang jika membeli-belah pakaian, baju jenis ini yang anda pilih. Baju-T berkolar polos tanpa corak membuatkan anda berasa segak dan selamat untuk dipakai ke mana-mana. Banyak baju-T yang dulunya cool dan funky di mata anda terperuk dalam almari bukan?

2) Lepak? Maaf rumah lebih menyeronokkan

Biarpun anda belum berkeluarga, tetapi tidak bermakna waktu anda banyak diisi dengan aktiviti lepak. Zaman remaja dan awal 20-an dulu mungkin seronok berkumpul dengan kawan-kawan di warung sehingga tengah malam. Letih bekerja langsung tidak menganggu anda. Sekarang pula anda lebih menghargai waktu untuk berehat di rumah sambil menonton TV.

3) Boleh lepak tapi kena balik sebelum pukul 12 10 malam

Ada waktunya anda memerlukan rakan untuk berbual dan melapangkan fikiran. Maka apabila mengatur sesi berkumpul, anda akan pastikan ia tidak meleret sehingga tengah malam. Istilah malam masih muda tidak lagi relevan kepada anda.

4) Lepak mana? The Mall KLCC? Nak pakai baju apa?

Dengar sahaja kawan-kawan mengajak berkumpul di lokasi-lokasi elit tumpuan ramai, menggelabah anda memunggah almari mencari pakaian paling bergaya dan outstanding sebab mahu nampak class. Itu semua cerita lama. Kini ke mana pun anda pergi, cukup dengan berbaju-T kosong, berseluar khaki atau jean serta bersandal/kasut. Kadang-kadang anda pakai baju duduk rumah dan langsung tidak peduli pandangan orang.

5) Makanan atau baju/kasut/beg?

Pernah suatu ketika anda sanggup ikat perut untuk menabung bagi membeli barangan yang anda idamkan. Namun semua itu berubah sekarang. Lebih baik cukup makan daripada kelaparan sebab mahu nampak bergaya. Akhirnya anda telah belajar membezakan keinginan dan keperluan.

6) Teh dan kopi minuman harian

Hari anda rasa tidak lengkap kalau tidak menghirup secawan teh atau kopi. Dahulu anda kurang minat sebab beranggapan ia minuman untuk orang tua.

7) Travel seorang diri

Untungnya menjadi bujang pada usia ini adalah akses untuk bercuti ke mana sahaja. Setiap tahun anda akan senaraikan destinasi sasaran untuk dikunjungi tanpa perlu memikirkan orang lain. Jadi anda selesa melancong seorang diri ataupun ditemani seorang atau dua teman rapat.

8) Kawan semakin kurang

Sebenarnya kawan anda tidak berkurang. Cuma kelapangan waktu untuk berkumpul beramai-ramai semakin terhad. Pada usia yang hampir memasuki 30 tahun, lingkungan sahabat semakin mengecil kerana ramai dalam kalangan mereka yang telah berkahwin dan menimang cahaya mata. Maka komitmen mereka kepada anda juga bukan lagi satu keutamaan. Anda juga lebih bijak memilih kawan. Tidak perlu kawan yang ramai seperti jumlah pengikut di media sosial, memadai dua tiga sahabat yang benar-benar memahami.

9) Kurang meminati muzik generasi baharu

Ketika era kegemilangan artis lewat 1990-an dan awal 2000, industri muzik secara amnya dibanjiri ramai pemuzik ternama yang masih kekal sehingga sekarang. Namun, masa beredar dan radio mula dimonopoli muzik generasi baharu. Jika dulu stesen radio seperti Hot FM, Era FM, Hitz FM menjadi pilihan, kini anda bertukar angin dan menjadi pendengar setia stesen Mix FM, Suria FM dan Kool FM yang banyak memutarkan lagu-lagu zaman anda. Terimalah hakikat bahawa tua sedang mengejar anda.

10) Perasaan marah semakin hilang dan lebih tenang

Sudah menjadi adat orang muda, sering bertekak dan marah akibat isu-isu remeh. Ketika memandu di jalan raya memang tidak mahu mengalah. Ketika itu anda berasa paling betul dan hebat. Mujur rasa sebegitu dipinjamkan seketika, apabila menginjak angka 27 tahun ke atas, perlahan-lahan anda berubah menjadi individu penyabar. Banyak hal yang dahulunya mudah menaikkan darah, sekarang dapat ditangani dengan tenang.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

2 Comments

  1. zack

    7 April 2017 at 9:47 AM

    ak dh rse ada perubahan mcm ini ..wlau pn umur ku 27

  2. Anthropologist

    8 April 2017 at 4:09 PM

    ada yg sama, ada yg tidak. saya dah 34 tahun, part pakaian, I’m still rockin’ the funky T-shirts. Makanan, pakaian, beg? All of them are equally important. cuma beza nya dah masuk 30+ makanan kena jaga sgt2. Kawan kurang? No. they are around. Teh atau kopi? I prefer water. I have to say this: yes, manusia berubah, tapi tak semestinya pada umur 27 tahun & tak semestinya perubahan itu melibatkan apa yang tersenarai di atas. I just don’t live under society standards.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *