Semasa

Ibu bapa curang, anak-anak juga berkemungkinan akan berlaku curang!

By  | 

PEPATAH Melayu ada mengatakan, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Begitulah definisi yang boleh menggambarkan situasi keluarga yang ibu dan bapanya bermain kayu tiga! Menerusi satu kajian yang dijalankan oleh kumpulan The Science of Relationships, kecurangan boleh diwarisi oleh ibu bapa kepada anak-anak.

Menerusi kajian tersebut, seramai 300 pelajar kolej ditanya pernah berlaku curang terhadap pasangan masing-masing (30 peratus daripada mereka pernah) dan adakah ibu atau bapa mereka juga turut berbuat perkara yang sama (dan 33 peratus daripada mereka pernah).

Pelajar yang berlaku curang pada kekasih mereka mempunyai dua kebarangkalian mempunyai ibu bapa yang turut pernah berlaku curang, berbanding yang berlaku jujur dalam hubungan (44 peratus vs. 22 peratus).

Walaupun berlaku curang dikatakan boleh diwarisi, namun, itu tidak bermakna anda perlu berlaku curang pada pasangan jika ibu bapa anda berbuat perkara yang sama.

Sebagai seorang yang dewasa, anda mampu berfikir jauh sebelum melakukan perkara yang tidak molek dipandang khalayak.

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *