Harrison Ford terlibat dalam nahas kapal terbang

0
11

AKTOR tersohor Hollywood, Harrison Ford terselamat dalam sebuah nahas kapal terbang di padang golf Penmar, Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Plane 01

Menurut portal hiburan TMZ, kapal terbang kecil yang dipandu Harrison terhempas di padang golf berkenaan setelah kehilangan kuasa enjin.

Kami diberitahu bahawa Harrison mengalami kecederaan di kepalanya. Dua orang doktor yang kebetulan berada di situ memberikan bantuan kecemasan sebaik sahaja kejadian itu berlaku,” ujar TMZ.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai pengantara pelakon siri filem Indiana Jones itu, Harrison terselamat dalam nahas yang melibatkan kapal terbang vintaj bewarna kuning dengan dua tempat duduk Ryan Aeronautical ST3KR tahun 1942.

Plane 02

Pegawai perubatan kecemasan yang tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian memindahkan Harrison ke sebuah hospital berdekatan. Pelakon yang berusia 72 tahun itu merupakan seorang juruterbang bertauliah. Beliau berpengalaman dalam menerbangkan beberapa jenis pesawat termasuklah helikopter. Bagaimanapun, beliau juga pernah terlibat dalam beberapa siri kemalangan yang sama sebelum ini.

Kredit gambar: MSN

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini