Wanita muda kerap menonton kandungan porno berbanding lelaki matang

0
73

FILEM porno sering dikaitkan dengan golongan remaja, terutamanya kaum lelaki. Walaupun kenyataan tersebut kedengaran sedikit klise, namun, ia bukan sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia.

Buktinya, menerusi graf keputusan kajian yang dilakukan oleh Vocativ dan Pornhub, golongan remaja (lelaki dan perempuan) merupakan antara penonton kandungan porno terbanyak iaitu sebanyak 30 peratus. Diikuti dengan golongan belia berumur antara 25 hingga 34 tahun dengan peratusan tontonan kandungan lucah sebanyak 30 peratus.

Age Percent

Benar, kaum lelaki merupakan jantina dominan yang gemar menonton filem atau kandungan lucah. Namun, masih ada sekelompok kaum wanita yang menonton filem porno lebih kerap berbanding jantina lawannya.

Menurut kajian yang sama, wanita berumur antara 18 hingga 24 tahun didapati menonton kandungan lucah lima peratus lebih banyak berbanding lelaki berusia 25 hingga 65 dan ke atas. Keputusan ini sekaligus menunjukkan bahawa menonton kandungan lucah dalam kalangan gadis tidak lagi menjadi taboo.

Age Percent 02

Lebih menarik, umur purata bagi kaum lelaki yang gemar menonton filem porno adalah 36 tahun berbanding kaum wanita, 34 tahun.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini