Foto-foto klasik persiapan raya sekitar 1960-an di Singapura

0
29

DENGAR-dengar itu beduk telah berbunyi,
Sebulan puasa tamatlah hari ini,
Lekaslah adikku hiaskan rumahmu,
Biar serba baru untuk para tamu.’

Itulah bait-bait lirik lagu Ketika Takbir Bergema dendangan Rafeah Buang. Menjelang Aidilfitri, memori suka dan duka pasti menggamit kenangan lalu. Terutama sekali apabila berkumpul bersama sanak saudara membuat persiapan raya.

Golongan perempuan sibuk melakukan tugas-tugas di dapur manakala lelaki membakar lemang, mengait kelapa dan mengacau dodol.

Pernah tak kita membayangkan suasana persiapan raya waktu dulu? Berikut merupakan foto-foto klasik sekitar 1960-an yang diambil menjelang Aidilfitri di Singapura.

Suasana di bazar Ramadan
Pelanggan sedang memilih kad-kad raya
Aktiviti menganyam ketupat sekeluarga
Memberi kuih lapis kepada rakan
Pelanggan membeli barang kemas untuk sambutan Aidilfitri
Para jejaka sedang memilih songkok
Sesi memilih kasut
Nostalgia balik kampung
Cucu dan nenek yang sedang menganyam ketupat
Suasana di Geylang Serai, Singapura
Keluarga bersama-sama menyiapkan baju raya dan sarung kusyen baharu
Membuat kuih raya bersama adik-beradik

 

Sumber : Foto Twitter Gambar Klasik

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini