Semasa

Fakta menarik tentang McDonald’s University

By  | 

INI bukan gurauan, tetapi perkara benar. Tahukan anda bahawa McDonald’s University wujud? Menurut portal berita Astro Awani, universiti ini dimiliki oleh McDonald’s dan berfungsi untuk melahirkan graduan yang berkelayakan dan berpengetahuan dalam prosedur operasi syarikat.

Apa yang istimewa, universiti ini mempunyai proses yang sangat ketat dalam pemilihan pelajar, dengan purata lapan pelajar sahaja yang akan diterima daripada setiap 1,000 permohonan.

Ia sekali gus meletakkan syarat kemasukan jauh lebih ketat berbanding universiti terkemuka dunia, seperti Universiti Oxford dan Cambridge.

MHU – McDonald’s University em Alphaville. #mcdonaldsuniversity #mcdonalds #hamburger

A photo posted by marcelo_foffa (@marcelo_foffa) on

Di sini, pelajar akan didedahkan dengan kemahiran dan ilmu pembangunan kepimpinan dan perniagaan, selain cara-cara menguruskan operasi syarikat.

#me #pavlina #patricia #shiftmanagementcourse #mcdonalds #mcdonaldsuniversity #studentpass A photo posted by ✨Patricia✨ (@patysilveira85) on

Salah sebuah kampusnya yang terletak di Illinois, Amerika Syarikat, mempunyai 16 orang profesor yang bertugas sepenuh masa dan mengajar dalam 28 buah bahasa.

Ia juga memiliki 17 buah kelas, tiga makmal dapur dan sebuah dewan kuliah yang boleh memuatkan kira-kira 300 pelajar pada satu-satu masa.

We all passed our BSM with 3 honours and a top of class! Well done guys!!!

A photo posted by Hannah Taylor (@hannahtaylor1994) on

Tempoh belajar bagi setiap pelajar hanyalah seminggu, dan mereka yang lulus akan dianugerahkan diploma.

Tujuh kampus universiti ini adalah di Tokyo, London, Illinois, Sydney, Munich, Sao Paulo, dan Shanghai.

Setakat ini, ia telah melahirkan lebih 200,000 graduan sejak mula beroperasi pada tahun 1961.

Agaknya, apakah menu makanan harian mereka di sana ya?

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *