Semasa

Facebook perkenal fungsi mewariskan akaun bagi pemilik yang sudah mati

By  | 

PLATFORM media sosial Facebook telah memperkenalkan fungsi baharu yang membenarkan pengguna untuk memilih kenalan legasi (legacy contact), yang bakal mengambil alih akaun miliknya selepas pengguna tersebut meninggal dunia.

Selepas Facebook diberitahu bahawa seorang pengguna telah meninggal dunia, platform media sosial itu akan mengabadikan akaun tersebut lalu membenarkan kenalan legasi untuk menguruskan akaun tersebut.

Apabila semuanya dikonfigurasi, kenalan anda itu akan dapat menghebahkan sebarang pengumuman (atau berkongsi mesej peribadi) pada bahagian timeline, menerima atau menafikan permintaan rakan baharu serta mengemaskini profil. Bagaimanapun, tiada akses dibenarkan pada mesej peribadi dan kenalan waris tidak dapat log masuk menggunakan identiti si mati.

Setakat ini, fungsi tersebut hanya diperkenalkan di Amerika Syarikat dan Facebook menjangkakan bakal memperluaskannya di seluruh dunia secara berperingkat.

Jika anda tidak mahu akaun Facebook anda diuruskan oleh sesiapa, anda boleh memilih untuk ianya dipadamkan selepas anda meninggal dunia.

Sumber: Crackberry, Facebook

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *