Semasa

Efek kesihatan akibat ‘meletupkan’ buku jari

By  | 

BERITA baik buat mereka yang obses terhadap penjagaan kesihatan. Sebuah video baru-baru ini telah mendedahkan bahawa perbuatan meletupkan buku jari tidak berkait langsung dengan artritis iaitu keradangan yang dialami pada sendi atau tisu sendi.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan di laman web Plose One, sekumpulan saintis dari Universiti Alberta, Kanada mendapati bahawa bunyi ‘letupan’ itu adalah disebabkan oleh proses penukleusan-tribo (tribonucleation). Keadaan itu terjadi apabila permukaan berlawanan menentang pemisahan sehinggalah satu tahap ia terpisah dengan pantas dan menghasilkan kaviti gas secara berterusan.

awucynb2p3jzmsgovq7yteud0tnc4yoqxssoh6hxxcolnrf6koiwsw87xn9ch1ph

Bunyi yang dikatakan berpunca akibat pergeseran tulang itu sebenarnya adalah bunyi pembentukan ruang udara ataupun dikenali sebagai pocket of space.

Sebelum ini, terdapat bukti saintifik yang mendapati perbuatan meletupkan jari-jemari mengakibatkan kemerosotan kekuatan genggaman, tangan bengkak dan gangguan fungsional am pada tangan.

“Ia seperti membentuk vakum. Apabila permukaan sendi terpisah secara drastik, tiada lagi bendalir yang dapat mengisi isi padu (volume) sendi, maka terhasillah kaviti,” jelas ketua penyelidikan, profesor Greg Kawchuk.

Menggunakan mesin pengimejan resonans magnetik (MRI), para penyelidik tersebut telah merakamkan video ruang di antara dua tulang, menghasilkan kekosongan hitam secara tiba-tiba sebelum menghilang dan menunjukkan tulang-tulang itu kembali ke posisi asalnya.

Sumber dan kredit gif: Mic

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *