SEPULUH wanita pertama Arab Saudi mencipta sejarah apabila menukar lesen memandu antarabangsa mereka bagi mendapatkan lesen tempatan.

Ia susulan tindakan negara itu yang mula mengeluarkan lesen memandu pertama pada Isnin menjelang penamatan larangan memandu ke atas wanita pada 24 Jun ini.

“Dijangkakan 2,000 lagi wanita akan mendapatkan lesen memandu di Arab Saudi,” kata Pusat Komunikasi Antarabangsa (CIC) Kementerian Penerangan.

“Impian menjadi nyata apabila saya boleh memandu di negara ini,” seorang daripada wanita yang mendapat lesen itu, Rema Jawdat, dipetik sebagai berkata oleh CIC.

Langkah menamatkan larangan memandu ke atas wanita dilancarkan Putera Mahkota, Mohammed Salman bagi memodenkan negara berkenaan. – Astro Awani

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini