Dayang Nurfaizah pimpin suara Malaysia menerusi ‘Bangkit Bersama’, lagu tema Sukan SEA 2017

0
134

DAYANG Nurfaizah diberi tanggungjawab mewakili suara rakyat Malaysia menerusi lagu tema Sukan SEA 2017 (KL2017), ‘Bangkit Bersama‘ yang dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini.

Digubah komposer prolifik, Datuk Ramli MS, lagu tersebut menjadi pelengkap tiga lagu tema KL2017 bersama-sama ‘Tunjuk Belang‘ (Monoloque, Azlan dan Malique) dan ‘So Many Hands‘ (Mia Palencia).

Menurut Khairy, penciptaan lagu itu adalah hasil idea Jawatan Kuasa Pengelola Malaysia (MASOC) yang melancarkan kempen ‘crowdsourcing‘ untuk menjemput masyarakat menyumbang idea untuk menghasilkan lirik lagu tema berkenaan di media sosial.

“Ini merupakan kali pertama kami mengambil langkah untuk melibatkan orang ramai dalam menghasilkan lagu tema temasya sukan yang besar.

“Saya amat gembira melihat sokongan masyarakat terhadap sumbangan idea dan cerita yang dihantar dan hari ini saya persembahkan lagu yang ditulis dan dimiliki oleh semua peminat dan penyokong KL2017,” kongsi Khairy atau popular dengan gelaran KJ menerusi petikan daripada Astro Awani.

Temasya Sukan SEA bakal berlangsung pada 19 Ogos sehingga 30 Ogos ini.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini