Daisy, si anjing kelainan upaya

0
10

INI Daisy, seekor anjing comel yang bergerak dengan bantuan dua pasang roda pada bahagian hadapan badannya. Ia dijumpai di tepi jalan sewaktu umurnya dua bulan. Pada awalnya, Daisy dijadualkan menerima suntikan untuk menidurkannya. Namun, Daisy bertuah kerana ada yang sudi untuk menjaganya.

Daisy01

Sheena, tuan Daisy merupakan individu yang bertanggungjawab menjaga dan melindungi anjing comel itu. Sejak menjumpai Daisy, Sheena banyak berbicara tentang anjing yang mengalami masalah kecacatan.

Daisy03

Saya perlukan kreativiti untuk menjadikan hidup Daisy lebih mudah. Daisy cepat letih sewaktu berjalan. Justeru, saya berbelanja lebih dan membelikannya sebuah kerusi roda. Bagaimanapun, kerusi roda tersebut tidak memberi sokongan yang betul pada bahagian dada Daisy, jadi saya sediakan alas untuknya supaya dia selesa ketika berjalan.

Daisy04

Postur tubuh Daisy tidak seimbang dan ia amat menyukarnnya untuk menjamah makanan. Disebabkan itu, saya meletakkan patung lembut pada bahagian bawah bagi menaikkan posturnya ke aras yang lebih tinggi. Ia merupakan perkara yang agak remeh, namun saya anggap ianya sebagai aktiviti menyeronokkan,” ujar Sheena.

Daisy05

Daisy mungkin dilahirkan cacat – dengan keadaan siku, bahu kanan dan pinggang belakang yang tidak normal – tetapi perkara itu langsung tidak mematahkan semangatnya.

Daisy07

Saya tidak pernah melihat kecacatan Daisy sebagai penghalang. Saya melihat dia sebagai seorang seekor anjing yang kuat. Saya turut merasakan perkara yang sama terhadap anjing-anjing kelainan upaya yang lain.

Daisy09

Saya percaya, keberanian yang ada pada Daisy dapat membantunya berlari selaju anjing-anjing normal mahupun anjing kurang upaya yang lain.

Daisy08

Dengan berkongsi kisah Daisy, saya berharap dapat khalayak umum turut berbuat perkara yang sama terhadap anjing kelainan upaya lain,” ungkap Sheena.

Sumber dan kredit gambar: Distractify

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini