Coco Rocha selamat melahirkan anak sulung, Ioni James Conran

0
4

TAHNIAH diucapkan kepada model tersohor, Coco Rocha kerana selamat melahirkan bayi sulung perempuannya, Ioni Conran semalam. Berita gembira itu dikongsi oleh Coco dan suaminya, James Conran menerusi akaun Instagram masing-masing.

A photo posted by Coco Rocha (@cocorocha) on

Memilih nama Ioni yang bermaksud pulau, Coco, 27, menerusi akaun Instagramnya berkata: “James dan saya dengan bangganya menerima kehadiran anak perempuan kami, Ioni James Conran. Dia adalah yang terbaik dan sempurna dari hujung rambut hingga kaki,” katanya.

Menariknya, bayi sulung Coco sudah pun mempunyai akaun Instagram sendiri iaitu @ioniconran. Mungkin Coco mahu menurunkan kemahiran teknologi yang dimilikinya kepada Ioni. Tahniah sekali lagi Coco dan James!

Kredit gambar: Akaun Instagram Coco dan James

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini