Cantiknya video keselamatan Singapore Airlines!

0
170

SYARIKAT penerbangan Singapore Airlines melancarkan video keselamatan untuk para penumpang bagi semua laluan.

Video berdurasi 4 minit 28 saat itu mencerminkan suasana unik di Singapura dengan menampilkan seorang pramugari yang menerangkan aspek-aspek keselamatan dalam pesawat dan langkah-langkah yang perlu diambil ketika menghadapi kecemasan.

FOTO/SINGAPORE AIRLINES

Singapore Airlines yang merupakan syarikat penerbangan kebangsaan bagi republik itu mula beroperasi pada tahun 1947 dengan nama Malayan Airways. 

Malah, syarikat penerbangan tersebut sering menampilkan pramugari-pramugari  yang anggun berkebaya Nyonya, bersarung kasut manik dan menggunakan cogan kata Singapore Girls.

Kesemua pesawat Singapore Airlines berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini