Wanita ini perdayakan scammer menerusi WhatsApp

0
53

SEORANG wanita yang mahu dikenali sebagai Kaka telah berkongsi rentetan perbualannya menerusi WhatsApp dengan seorang individu yang disyaki sebagai scammer di laman sosial Facebook miliknya.

Sebanyak 18 keping gambar (print screen) dimuatnaik Kaka pada 11 Februari 2017 di laman Facebook peribadinya (Anok Poksu Loh). Niat untuk berkongsi kepada rakan-rakan Facebook itu kemudiannya meraih perhatian netizen dan setakat ini, ia telah dikongsi lebih 6,000 pengguna.

Kaka yang dihubungi Pepatung menerusi Facebook Messenger memberitahu, ia bukan kali pertama dia dihubungi oleh scammer, sama ada menerusi e-mel ataupun WhatsApp.

“Saya selalu jual barang di mudah.my. Kes kali ini melibatkan beg yang saya iklankan di laman web tersebut. Beg itu hanya dijual pada harga ratusan ringgit.

“Bagaimanapun apabila si scammer mengatakan mahu membeli pada harga RM4,000, saya naikkan harga kepada RM8,000,” kongsi Kaka.

Tiada laporan kepada pihak berkuasa dibuat memandangkan dia belum pernah diperdayakan. Tambah Kaka, terdapat ramai scammer dapat ditemui di mudah.my, terutama apabila melibatkan urus niaga barangan antik dan gajet.

Pepatung ingin berpesan kepada semua agar berhati-hati apabila berurusan dengan individu di dalam talian. Berikut merupakan kronologi perbualan di antara Kaka dan scammer tersebut.

Scammer memperkenalkan diri sebagai Mr. Ferguson dari Amerika Syarikat dengan memberi salam dan bersetuju dengan harga barangan dinaikkan menjadi RM8,000.

Kaka memberikan butiran peribadi palsu dan melayan pertanyaan scammer dengan jawapan yang menggelikan hati.

Scammer kemudiannya memberikan ‘resit rasmi’ bahawa wang bernilai RM8,000 telah dipindahkan ke akaun peribadi Kaka dan meminta wanita itu ke pejabat pos bagi membayar ‘caj pengaktifan’ sebanyak RM300 bagi melancarkan transaksi.

Scammer cuba memperdaya Kaka dengan mengatakan bahawa ‘caj pengaktifan’ perlu diselesaikan terlebih dulu sebelum barang dipos.

Scammer mendesak Kaka ke pejabat pos dengan segera dan Kaka berkongsi gambar pejabat pos hasil daripada pencarian di Google. Borang ‘caj pengaktifan’ yang dimaksudkan scammer sebenarnya adalah borang kiriman wang Western Union.

Scammer mula tidak sabar dan mahukan borang kiriman wang tersebut diisi segera. Sebaliknya Kaka memberikan gambar borang palsu (bertulis tangan) dan memecahkan tembelang scammer yang gagal memperdayakannya. Thunder fire dibalas thunder cat! Well done Kaka!

NOTA: Gambar-gambar dan perkongsian di atas telah mendapat kebenaran pemilik asal.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini