BARU-BARU ini, bintang media sosial, Syafiqah Aina menganjurkan majlis berbuka puasa bersama stokis dan agen syarikat yang diasaskannya, NSA Beau Ventures (NSA). Pada majlis tersebut, Aina turut ditemani dua pengasas bersama, Norazura Md Posdzi dan suaminya, Hafiz Mahamad.

Hadirin yang hadir pada majlis tersebut tersentuh dengan ucapan jujur Aina. Selama ini, Aina sangat dikenali dengan sikap pemalunya di depan orang ramai dan sukar untuk memberi pujian kepada suaminya.

Bagaimanapun, pada petang semalam, Aina meluahkan rasa terima kasih tidak terhingga kepada Hafiz kerana sanggup berkorban tenaga dan masa demi membantu setiap anggota di dalam perniagaan kecilnya.

Dengan suara yang menahan sebak, Aina cuba untuk meneruskan ucapan dengan usaha untuk tidak menitiskan air mata. Ucapannya tidak dapat dihabiskan dan disambut oleh Hafiz.

Begitupun, bagi melepaskan apa yang dirasainya selama ini, Aina memuat naik foto-foto majlis tersebut berserta kapsyen panjang yang menyentuh perasaan.

Tadi nak wish thanks tapi tak kesampaian sbb sebak sangat muehehe 🤣 . Dia selalu cakap, “You tak pernah puji I”, Selalu tanya, “I ni hebat tak?” Tapi, ego seorang Syafiqah Aina ni lebih tinggi menggunung dari ego seorang lelaki 🤣 Soalan tu tak pernah dijawab. Bila ditanya, kita diam sbb kita rasa dia tahu jawapannya apa. . Tapi orang selalu cakap, husband ni sebenarnya bukan nak apa sangat pun dari wife. Tapi time dia down, time dia penat, dia just nak pujian je dari wife supaya dia rasa usaha yang dia buat tu diappreciate & berbaloi. . So here it is. Kalau dia tak ada, I tak rasa I boleh dapat apa yang I ada sekarang. Kalau dia tak ada, I tak rasa @nsabeautyofficial boleh ke tahap sekarang dengan team yang sangat sangat positive & supportive! Even yang dulu rasa tak boleh, yang negative, sekarang dah boleh berjaya. . Yes, dia sangat hebat! & I salute effort dia in everything dia buat. I think, effort dia melebihi apa yang patut dia buat sebenarnya. Datang Kuantan, Jakarta, JB balik hari semata mata nak pass stock pada team, Everyday datang jumpa team even badan rasa penat teruk semata mata nak appreciate diorang. I tak rasa oranglain sanggup buat macamana yang dia buat untuk oranglain. . Bukan duit yang penting bagi dia, but tengok orang lain berjaya, yang boleh buat dia bahagia. Walaupun, masa untuk kita spend time berdua masih belum ada walaupun baru kahwin, tapi dia selalu pesan, tak apa, ‘kita bahagiakan orang, Allah akan bahagiakan kita lebih dari oranglain’, ‘Harini kita bagi orang, esok Allah pulangkan lebih dari apa yang kita bagi’. & Actually betul, I nampak sendiri & started to percaya benda ni. . Kalau orang tanya, berbaloi ke apa yang kami buat untuk team? Yes. I nampak sendiri hasilnya, ramai yang dari zero and going to be hero now. Thankyou @hafizmahamad & Kak @zuraposdzi yang sebenarnya lebih banyak bantu untuk @nsabeautyofficial grow! Alhamdulillah, I hope that @nsabeautyofficial & NSA Squad will grow even stronger & just so you know, we’ll do anything for you guys ❤️

A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina) on

Isi kapsyen tersebut menjelaskan segala-galanya tentang usaha Hafiz dalam membangunkan NSA. Ia juga satu tanda penghargaan Aina sebagai seorang isteri kepada suami yang sering mengharapkan sedikit pujian.

Mungkin sukar baginya untuk menuturkan di bibir, tetapi apa yang dikongsikan di media sosial itu jelas mencerminkan isi hati Aina. Selamat maju jaya untuk pasangan ini.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini