SELEPAS mengeluarkan kenyataan rasmi di laman sosialnya, Syafiq Kyle masih belum menafi atau mengesahkan individu di dalam video tersebut adalah dirinya atau tidak.

Dalam kekusutan pihak Syafiq mencari jalan penyelesaian, netizen terus menjalankan ‘siasatan’ demi mengesan Mira, pemilik suara di dalam video kontroversi tersebut.

Ramai yang membuat andaian bahawa Mira bukanlah wanita tulen. Kesannya, bintang media sosial dan pengasas produk kecantikan popular, Riz Ulala tiba-tiba dikaitkan dengan video itu.

Menerusi perkongsian di instastory, Riz Ulala memuat naik DM yang dikirimkan salah seorang pengguna instagram yang mendakwa dia dan Mira di dalam video tersebut adalah orang yang sama. Suara Mira dan Riz Ulala dikatakan serupa dengan teori bahawa Riz Ulala sengaja memerangkap Syafiq.


Riz Ulala menafikan dakwaan tersebut. Beberapa hari sebelum penularan video panas tersebut, Riz Ulala memuat naik gambar pelakon drama Nur itu dengan kapsyen romantik. Bagaimanapun difahamkan dia hanya bergurau.

 

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini