Buzz Sosial

Sailor Moon Rusia tawan gelanggang luncur ais Tokyo

By  | 

PELUNCUR ais nombor satu dunia, Evgenia Medvedeva kembali mencuri perhatian antarabangsa. Atlet berusia 17 tahun dari Rusia itu sekali lagi menyarungkan kostum Sailor Moon ketika beraksi di dalam gelanggang luncur ais.

Pada Kejohanan Berpasukan Dunia (World Team Trophy) bagi Pertandingan Luncur Ais Berbunga (Figure Skating Competition) anjuran Kesatuan Luncur Antarabangsa (ISU) di Tokyo, Jepun, baru-baru ini, Medvedeva muncul dalam uniform sekolah karakter Sailor Moon atau nama sebenarnya, Usagi Tsukino.

Medvedeva juga sempat mengambil patung berbentuk kucing menyerupai haiwan peliharaan Usagi, Luna, yang telah ditempatkan lebih awal di tepi gelanggang.

Transisi muzik merancakkan persembahan Medvedeva yang tiba-tiba menanggalkan kemeja, skirt labuh dan menaikkan stoking merah sehingga ke paras paha. Momen transformasi Usagi menjadi Sailor Moon dipertontonkan Medvedeva dengan begitu menarik.

Ini bukan kali pertama Medvedeva mengangkat Sailor Moon dalam persembahannya. Tahun lalu, beliau turut diberi pujian ketika muncul sebagai Sailor Moon dalam kejohanan yang sama di Tokyo.

Medvedeva merupakan peminat tegar anime. Selain Sailor Moon, beliau juga menggemari Yuri On Ice.

“Dengan kuasa bulan akan menghukummu!”

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *