Peserta muslimah ratu cantik Britain cipta sejarah pakai kaftan ganti bikini

0
323
FOTO/@MS_MUNAJAMA

SEORANG peserta pertandingan ratu cantik, Miss Universe Great Britain, Muna Jama, mencipta sejarah apabila menjadi peserta pertama menyarungkan kaftan pada pusingan pakaian renang.

Sebelum ini, para penganjur hanya membenarkan pemakaian bikini untuk pusingan tersebut. Bagaimanapun, syarat tersebut dilonggarkan untuk Muna yang merupakan seorang muslimah.

“Saya tidak menyertai pertandingan ini untuk menginspirasi orang terhadap tubuh saya, atau mewakili agama, bangsa dan negara.

“Saya mewakili diri saya yang sebenar. Tidak memakai bikini juga adalah normal dalam kehidupan saya,” kongsi Muna kepada Mic.

Kaftan yang menjadi pengganti bikini disifatkan Muna sebagai pakaian yang universal. Ia boleh dipakai ke pantai, tempat awam dan di mana sahaja.

“Menyarungkan kaftan merupakan keputusan saya. Saya percaya setiap individu berhak untuk menentukan yang terbaik untuk mereka. Sama seperti peserta lain yang menggayakan bikini di atas pentas, tiada yang salah dengan pilihan mereka,” tambah Muna.

Pada tahun lalu, seorang peserta ratu cantik Minnesota, Amerika Syarikat, Halima Aden mendapat pujian ramai apabila memakai hijab dan burkini pada pusingan pakaian renang.

Biarpun tidak memenangi pertandingan tersebut, Muna tetap meraih sokongan ramai terutama di laman instagram.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini