LELAKI di sebalik klip suara Laurel atau Yanny yang menjadi viral baru-baru ini akhirnya tampil untuk memberikan jawapan mengenai nama sebenar yang disebutkannya.

Jay Aubrey Jones, 64, yang merupakan seorang penggiat teater Broadway berkata, dia menyebut nama ‘Laurel’ sewaktu merakamkan suaranya bagi laman web Vocabulary.com pada 2007.

JAY AUBREY JONES

Bercakap dengan TIME, Jay berkata: “Saya rakamkan perkataan-perkataan yang telah diberikan. Tidak sangka pula ia menjadi viral,” kata Jay.

Ditanya sama ada dia mendengar Laurel atau Yanny, ini jawapan Jay.

Pada setiap masa, saya mendengar Laurel. Tetapi ada sedikit kedengaran Yanny,” katanya lagi.

Sementara itu, Lars Riecke, pembantu profesor bagi Neurosains Kognitif dan Audit di Universiti Maastricht, Belanda berkata: “Jika anda membuang frekuensi rendah pada klip tersebut, anda akan mendengar Yanny. Sebaliknya, jika anda membuang frekuensi tinggi, anda akan mendengar Laurel,” ujarnya.

Tambah Lars, individu muda biasanya mempunyai pendengaran yang bagus akan mendengar Yanny manakala golongan yang telah berusia akan mendengar Laurel.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini