Kisah photobombing paling comel

1
35

PADA 15 Januari lalu, Nur Afifah menjalani hari minggunya secara santai dengan singgah ke The Hyacinth Cafe, Kuala Lumpur untuk menikmati sepotong kek. Seperti biasa, gadis itu mengambil beberapa keping gambar lalu dimuat naik ke akaun Instagramnya, @nurafifah.

Tidak berapa lama kemudian, Afifah dikejutkan komen seorang remaja lelaki dengan Instagram handle @salehasni.

Kak yang 3 ekor kat belakang tu kami kak @raisqiyl @aimanariffinnn,” sambil meletakkan Instagram handle dua rakannya yang lain.

Kemudian Afifah membalas: “@salehasni @raisqiyl @aimanariffinnn hahaha hello ??”

Lebih melucukan, ketiga-ketiga remaja lelaki itu terus memberikan respon.

Mungkin terkrsan dengan tingkah comel ketiga-tiga mereka, Afifah memuat naik perbualan secara maya tersebut ke akaun Twitternya. Sehingga kini, tweet berkenaan telah menerima lebih 6 ribu retweet dan tiga ribu like.

Idk why but I find this funny,” tulis Afifah di Twitter.

Lebih melucukan, kakak kepada salah seorang remaja lelaki tersebut turut meninggalkan komen:

Dalam perkembangan terkini, Afifah menerusi Twitternya memberitahu, ketiga-tiga remaja lelaki tersebut telah mengikutinya di Instagram.

Lucu bukan? Terbukti, masih ramai remaja di luar sana yang molek budi bahasa dan elok tutur katanya. Kalau berjumpa nanti, jangan lupa selfie ya Afifah 🙂

1 KOMENTAR

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini