Buzz Sosial

Kenali kru AirAsia X yang viral tiru aksi Britney Spears dalam pesawat

By  | 

SEORANG pramugara AirAsia X, Ahmad Assraf Muhammad Nasir, menjadi tumpuan dunia apabila videonya meniru aksi puteri pop dunia, Britney Spears dalam muzik video lagu Toxic penyanyi itu dimuat naik oleh rakannya di twitter. Video tersebut kemudiannya dimuat naik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes di laman instagram rasminya.

Video berdurasi 1 minit itu memaparkan Assraf, 29, menari dengan koreografi asal Toxic, berserta aksi ikonik Spears menolak troli (beverage cart).

β€œTujuan video itu dibuat adalah untuk hiburan. Saya hanya berkongsi video tersebut bersama rakan-rakan. Tidak sangka ia tersebar dan menarik perhatian ramai orang,” kongsi Assraf kepada Pepatung.

Setakat ini, video itu telah menarik perhatian beberapa media antarabangsa seperti The Huffington Post, Dailymail dan TIME serta majoriti media tempatan arus perdana. 9Gag turut memuat naik video itu di instagram dan Facebook rasmi mereka, dan meraih jutaan tontonan.

Ekoran video tersebut, pengikut instagram anak jati Kuala Lumpur itu turut melonjak daripada kira-kira 11,000 pengikut kepada lebih 16,000 pengikut.

“Ramai juga yang mengirim mesej menerusi inbox. Setakat ini semua mesej yang diterima positif dan mereka terhibur dengan video tersebut,” tambah Assraf.

Toxic merupakan single kedua daripada album studio keempat Spears, In The Zone. Muzik video lagu itu dilancarkan pada tahun 2004 dan menjadi antara video pop paling berpengaruh sepanjang zaman.

Selain berbakat dalam tarian, Assraf yang menyertai AirAsia X sejak pertengahan tahun lalu juga memiliki kebolehan lain. Berikut kami senaraikan lima sisi kreatif dan pengalaman menarik yang dikongsi oleh Assraf.

1) Boleh berbahasa Mandarin

Assraf merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik. Kesemua adik-beradiknya mendapat pendidikan awal di Tadika dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Kuen Cheng, Kuala Lumpur.

2) Berkemahiran menyediakan kek dan biskut (baking)

Sejak di bangku sekolah, Assraf mula mengasah kemahiran membuat kek dan biskut. Malah menjelang musim perayaan, biskut cip coklat yang dihasilkan menerima tempahan yang memberangsangkan. Begitu juga seleksi kek yang dihasilkan, terutama kek keju nutella yang tidak pernah menghampakan pelanggan. Tahun lalu, dia turut muncul sebagai peserta dalam rancangan Hero Oven yang disiarkan TV3.

Mak gelak tengok anak dia huru-hara kat dalam tv. πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘

A post shared by Assraf Nasir (@assrafnasir) on

3) Kapten pasukan sorak

Bertanggungjawab mengasaskan pasukan sorak campuran (lelaki dan perempuan) di Malaysia, yang sebelum itu hanya didonimasi perempuan. Menyertai pasukan sorak EMAS sejak tahun 2006 dan bertindak sebagai kapten pasukan. Di bawah kepimpinannya, EMAS mewakili Malaysia ke Kejohanan Sorak Jemputan Asia 2014 (ACIC) dan memenagi dua pingat emas di Singapura.

4) Penari latar Datuk Siti Nurhaliza

Selain Britney Spears, Datuk Siti Nurhaliza juga merupakan penyanyi kegemaran Assraf. Impian untuk mengiringi persembahan penyanyi nombor satu negara itu terlaksana apabila terpilih sebagai salah seorang penari untuk Konsert SATU di Istana Budaya pada tahun 2009.

Assraf juga pernah mengiringi Siti ketika persembahan sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, Konsert Seribu Warna Hai-O (2009), Konsert Bagaikan Sakti (2010), Minggu Setiausaha 2013 dan Konsert Satu Suara (2015) .

Sebagai anak tari, dia juga pernah menjayakan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang musim ketiga (2009) dan Teater Muzikal P. Ramlee (2007/2008). Kelibatnya juga muncul dalam muzik video Not For Sale (Stacy) termasuk setiap persembahan Stacy dengan lagu tersebut. Alyah juga antara penyanyi yang pernah menggunakan khidmat Assraf sebagai penari latar untuk beberapa persembahan.

5) Model iklan

Wajah Assraf pernah beberapa kali menghiasi iklan untuk jenama-jenama produk terkenal yang diterbitkan di surat khabar dan majalah. Ia merupakan antara pendapat sampingan kepadanya.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *