Jurugambar kacak ini berumur 50 tahun! Apa rahsia awet mudanya?

0
43

UMUR hanyalah angka dan tidak semestinya melambangkan paras rupa. Beberapa hari lalu heboh tentang Chuando Tan, seorang jurufoto dari Singapura.

FOTO / GALA

Biarpun telah mencecah 50 tahun, tetapi wajah dan susuk tubuhnya persis seperti jejaka berumur lewat 20-an / awal 30-an.

Chuando pernah aktif sebagai model suatu ketika dahulu. Namun kini, dia lebih banyak membuat kerja-kerja belakang tabir.

Menerusi laman Instagram Chuando, pelbagai gaya kandid yang menyerlahkan ketampanannya dikongsi.

FOTO / PUDELEK

Menurut Chuando, dia mengekalkan keremajaan dengan mengamalkan kehidupan aktif dan sihat. Bersenam di gim, tidak mandi lewat malam dan memperbanyakkan pengambilan ayam Hainan.

Chuando memulakan perusahaan fotografi bersama rakan karibnya, Frey Ow di bawah nama ChuanDo & Frey.

Hasil-hasil karyanya pernah menjadi penghias kulit album Janet Jackson (Discipline ) termasuk majalah¬†Elle dan Harper’s Bazaar.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini