NETIZEN kelompok muda berbahas sesama sendiri di media sosial berhubung isu penangguhan pembayaran PTPTN oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik. Menerusi kenyataan beliau, peminjam yang tidak memperoleh pendapatan mencecah RM4,000 sebulan dikecualikan daripada membuat sebarang bayaran.

Lebih menguntungkan, kementeriannya juga sedang berhubung dengan Imigresen bagi menarik sekatan ke luar negara ke atas peminjam-peminjam yang disenaraihitam.

Keputusan Dr. Maszlee itu membuatkan ramai peminjam PTPTN yang bergaji kurang RM4,000 menarik nafas lega. Tidak kurang juga yang meluahkan rasa tidak puas hati dan menyifatkan hutang wajib dilunaskan dengan pembayaran secara bulanan mengikut kemampuan semasa.

Seorang pengguna twitter, Adib Khalid meluahkan pendapatnya yang seterusnya disusuli dengan pelbagai pandangan orang ramai, khususnya anak muda.

Beliau juga mempersoalkan status seorang suri rumah yang tidak bekerja dan tidak menerima pendapatan tetap. Secara automatik, peminjam PTPTN berstatus suri rumah tidak perlu melangsaikan pinjamannya seumur hidup.

Begitupun terdapat juga pihak yang menyokong keputusan terkini kerajaan itu yang dirasakan membantu meringankan beban anak muda.

Pandangan tersebut begitupun dikritik seorang lagi pengguna twitter yang berpendapat pembayaran semula pinjaman tidak seharusnya berkecuali untuk mereka berpendapatan di bawah RM4,000 dan dilihat seolah-olah terlalu memanjakan generasi muda.

Rata-rata netizen golongan muda sebenarnya tidak kisah untuk membayar semula pinjaman PTPTN, tetapi mencadangkan agar caj ujrah dihapuskan bagi melancar dan mempercepatkan pelangsaian tunggakan hutang. Begitu juga yang menerima kenyataan Dr. Maszlee sebagai satu kelonggaran, dan bukan pelepasan sepenuhnya.

Satu lagi cara bagi mendapat pelepasan membayar semula pinjaman PTPTN adalah menamatkan pengajian dengan CGPA 3.5 ke atas (untuk sesetengah IPTA). Jadi belajar rajin-rajin, dapat kerja pun yang terjamin, hutang pun tiada.

1 KOMENTAR

  1. Oleh kerana banyak nitizen yang setuju dan tidak setuju tentang gaji 4k baru bayar pinjaman PTPTN…tapi boleh saya bagi cadangan seperti mana bagi peminjam PTPTN perlu supaya, ada yang setuju atau tidak…2 perkara sahaja:
    1)PTPTN tidak melakukan sekatan CCRIS/CTOS/BLACKLIST bagi peminjam.
    1)berapa yang dipinjam oleh peminjam kos pelajaran dan lain lain, hanya yang dipinjam sahaja perlu dibayar …tak perlu ada bunga%
    Kerana ada istri yang jadi suri rumah sepenuh masa…

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini