Datuk Seri Vida rancang lancar tas tangan edisi khas LV

0
95

SELEPAS kejayan lagu berjudul I Am Me yang tular dan ditonton sekitar 4 juta penonton nyanyian Datuk Seri Vida (DSV), kini jutawan terkenal itu akan bergandingan dengan Louis Vuitton pula bagi mengeluarkan koleksi tas tangan pada masa hadapan.

Menurut kenyataan yang dipetik dari The Star, beliau merancang untuk melancarkan edisi khas tas tangan keluaran DSV dan juga Louis Vuitton.

Menerusi laman sosial instagram, beliau memang terkenal dengan obsesi terhadap barangan mewah dan berjenama.

FOTO / WORLD OF BUZZ

“Pihak kami masih berfikir untuk menamakan edisi keluaran khas tas tangan tersebut dan antara cadangan adalah DSV LV.

“Kami akan mengadakan pertemuan dengan pihak LV di Paris kelak,” jelas Vida menerusi kenyataan beliau yang dipetik daripada World of Buzz.

Dikhabarkan harga tas tangan tersebut sekitar RM8,000 hingga RM11,000.

Dalam perkembangan lain, DSV juga ingin bergandingan dengan penyanyi Korea, PSY kelak.

 

SUMBER : WORLD OF BUZZ

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini