POPULARITI Putera Abdul Mateen, pewaris takhta diraja Brunei keenam pernah tular di media sosial. Kekacakan wajah dan ketegapan tubuh putera raja berusia 26 tahun itu membuatkan ramai gadis dan wanita gila bayang.

Sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang sedang berlangsung, Putera Mateen yang mewakili skuad polo ekuestrian Brunei sekali lagi menjadi perhatian wanita Malaysia.

Menerusi rakaman video berdurasi 53 saat yang dikongsi pengguna laman sosial Facebook, Faa Mohd Jazlan, sekumpulan peminat Putera Mateen, majoritinya wanita, yang berkumpul di luar padang Putrajaya Equestrian Park bersorak melaung-laungkan nama Putera Mateen.

Putera Mateen sempat meluangkan masa bersalaman dan bergambar bersama para peminatnya. Kemesraan dan kerendahan diri putera kacak itu mendapat pujian netizen.

Bagaimanapun, sebahagian netizen turut menyelar reaksi wanita-wanita di dalam video tersebut yang menjerit bagaikan terkena histeria.

Bahkan seorang pengguna Twitter wanita turut mendapat kritikan hebat gara-gara memuat naik tweet yang kurang sopan.

Pasukan ekuestrian Brunei dijadulkan bertemu Malaysia hari ini. Perlawanan itu bakal menjadi tumpuan ramai kerana ia akan menyaksikan pertembungan Putera Mateen dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini