SETIAP kali tiba tarikh tayangan filem popular, pasti kita mahu menjadi antara individu pertama datang menonton. Tidak hanya teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai filem berkenaan, dalam masa sama, kita juga mahukan pengalaman menonton yang lancar tanpa sebarang gangguan.

Begitulah yang diharapkan oleh seorang pengguna Twitter bernama Kasyi Zulkifli (@zurkasyi) sewaktu menonton sebuah filem di pawagam baru-baru ini. Harapannya untuk menonton dalam keadaan aman dihenyak apabila seorang kanak-kanak membuat onar dalam panggung ketika filem sedang ditayangkan.

Kasyi berkata, dia keliru mengapa wanita tersebut berkata demikian memandangkan orang lain juga turut membayar tiket untuk menonton wayang yang sama.

Dalam pada itu, Kasyi sempat bergurau dengan berharap agar kanak-kanak itu membesar dan menjadi penyanyi seperti Haqiem Rusli.

Pepatung ingin menasihatkan penonton, jika anda mahu membawa anak pergi menonton wayang bersama, pastikan kelakuan mereka tidak mengganggu ketenteraman orang lain.

Benar, mereka masih kanak-kanak dan kebanyakan orang yang menonton masih belum berkeluarga. Namun, sebagai seorang ibu atau bapa, ia menjadi tanggungjawab anda untuk mengikut peraturan yang telah ditetapkan sewaktu menonton wayang.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini