Semasa

Burger Big Mac McDonald’s kini boleh ‘dipakai’

By  | 
Sebelum1/7Seterusnya

Koleksi item Big Mac McD

PAKAIAN thermal yang dipakai sebagai pakaian dalam bagi memanaskan badan.

INI bukan helah April Fool! Rangkaian makanan segera popular dunia, McDonald’s (McD) mencipta kejutan apabila mengeluarkan koleksi pakaian bercetak gambar burger signaturnya, Big Mac. Bukan sahaja pakaian, malah McD turut menghasilkan set cadar, kertas dinding, but Wellington, baju hujan dan paling melucukan, kot untuk anjing.

Keluaran terbaharu itu dilancarkan pada pertunjukan fesyen ‘McWalk‘ di Stockholm, Sweden. Justeru produk yang sedia untuk dijual kini boleh dibeli menerusi laman web Big Mac Shop yang berpangkalan di Sweden. Pengenalan produk tersebut itu juga adalah sebahagian daripada keraian global McD di bawah nama imlovinit24, sebuah kempen yang dijalankan di 24 bandar utama seluruh dunia.

Bagaimanapun, McD dilaporkan sedang berdepan krisis kewangan sejak kebelakangan ini. Syarikat tersebut mengalami kemerosotan 21 peratus dalam keuntungan suku tahunan pada Januari. Hasil pula jatuh sebanyak tujuh peratus kepada AS$6.57 bilion manakala pendapatan bersih merosot kepada AS$1.1 bilion berbanding AS$1.4 bilion yang dicatatkan setahun lalu.

Kredit foto: Big Mac Shop / Fortunedotcom /Adweek

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *