Bukit Broga ditutup untuk projek baik pulih bernilai RM1 juta

0
268
WORLD OF BUZZ

UNTUK mereka yang gemar aktiviti lasak, Bukit Broga yang terletak antara sempadan Selangor dan Negeri Sembilan dilaporkan ditutup bagi memberi laluan kepada pemuliharaan kawasan sekitar bermula 18 Ogos lalu.

SINAR HARIAN

“Kerajaan Selangor telah menerima aduan daripada pelawat yang mengatakan kawasan cerun telah terhakis akhir bulan lalu. Drone telah digunakan untuk mengambil gambar kawasan sekitar untuk tujuan penilaian,” demikian kenyataan yang dipetik menerusi World of Buzz daripada Elizabeth Wong yang merupakan exco pelancongan negeri, teknologi hijau dan hak pengguna.

“Ketika pihak kerajaan negeri melakukan lawatan, didapati sebahagian cerun Bukit Broga telah botak dan digantikan dengan penanaman pokok getah,” tambah beliau.

Meskipun penanaman getah itu memberi manfaat dari segi sektor ekonomi kepada orang asli, namun perkara itu tidak dipersetujui oleh pihak kerajaan negeri Selangor.

Setelah beberapa penelitian, kerajaan negeri telah mengambil keputusan untuk menutup buat sementara waktu kepada orang awam yang ingin beriadah di Bukit Broga bagi membuat kerja baik pulih demi keselamatan pengunjung.

FLICKR

Selepas proses baik pulih, pengunjung akan dapat menikmati jalan baharu ke Bukit Broga namun semua ini bergantung kepada keadaan semasa.

Difahamkan jumlah kos keseluruhan yang ditanggung oleh kerajaan negeri adalah sebanyak RM1 Juta tidak termasuk kepada pembinaan jalan baharu untuk pengunjung.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini