Bapa Ning Baizura meninggal dunia atas sejadah selepas solat Zohor

0
1312

TAKZIAH diucapkan kepada pemilik suara soprano, Ning Baizura atas pemergian bapanya, Sheikh Hamzah Sheikh Mohamed, 86, yang menghembuskan nafas terakhir di rumahnya, petang semalam akibat sakit tua.

Allahyarham Sheikh Hamzah difahamkan ketika itu sedang berpuasa dan meninggal dunia di atas sejadah kira-kira pukul 2.40 petang.

“Ayah meninggal dunia selepas solat zohor dan ketika itu sedang berpuasa. Adik-beradik saya melihat ayah menghembuskan nafas terakhir di atas sejadah dengan wajah yang tenang.

“Saya hanya sempat melihat arwah ketika dimandikan untuk solat jenazah dan mencium dahinya buat kali terakhir.

“Ustaz ada beritahu ayah merupakan insan terpilih kerana meninggal dunia dalam keadaan masih kuat untuk menunaikan solat lima waktu dan kami reda dengan pemergiannya,” demikian kenyataan Ning Baizura yang dipetik menerusi Astro Gempak.

Allahyarham Sheikh Hamzah meninggalkan seorang balu, Satilah Abdullah dan sembilan anak.

Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku.” Surah al-Fajr, ayat 27-30.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini