Apartment sebesar keranda, penduduk Hong Kong sengsara

0
10

KEPADATAN Hong Kong yang mencecah 7.5 juta orang menyaksikan penduduknya sukar untuk memiliki rumah sendiri dan memaksa kebanyakan mereka tinggal di pangsapuri-pangsapuri yang sesak.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pernah mengkritik dengan membuat kenyataan bahawa dengan kepadatan melampau sebegitu seolah-olah satu bentuk penghinaan terhadap maruah golongan marhean.

Menurut kenyataan yang dipetik daripada BoredPanda, jurugambar Benny Lam berkata kepada National Geographic: “Anda mungkin hairan mengapa kami berasa terpanggil untuk menjengah kehidupan mereka.

“Mereka merupakan individu yang sering kita jumpa hampir setiap hari. Rata-rata daripada mereka menyara hidup sebagai pelayan restoran, pegawai keselamatan di pusat beli-belah, pencuci tandas dan penghantar pesanan yang mungkin pernah bersua muka dengan kita.

“Jurang perbezaan antara mereka dan orang lain hanyalah tempat tinggal.

“Daripada aktiviti memasak sehinggalah tidur semuanya berlaku di dalam sebuah ruang yang sangat sempit,”¬†tambah Benny Lam.

Kebiasaannya keluasan ruang pangsapuri di Hong Kong adalah sekitar 1,5-12 meter persegi dengan anggaran sewa bulanan sekitar HK$ 2,400 (RM 1,316.36).

FOTO / BORED PANDA
FOTO / BORED PANDA
FOTO / BORED PANDA
FOTO / BORED PANDA
FOTO / BORED PANDA
FOTO / BORED PANDA
FOTO / BORED PANDA
FOTO / BORED PANDA
FOTO / BORED PANDA
FOTO / BORED PANDA

Hong Kong bermula sebagai bandar pelabuhan dan merupakan bekas tanah jajahan United Kingdom sehingga penyerahan kedaulatan kepada Republik Rakyat China pada 1997.

Merupakan bandar metropolitan global dan pusat kewangan dan mempunyai sistem ekonomi kapitalis yang sangat maju.

Dengan kepadatan populasi penduduk yang mencecah 7 juta, Hong Kong merupakan antara kawasan berpenduduk paling padat di dunia.

 

SUMBER : BORED PANDA & NATIONAL GEOGRAPHIC 

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini